h1

Uhu~

January 20, 2010

Uhu~ saya amat rindu sekolah.

-Sumbang kasih-

Bukan saya mahu membuka apa-apa di dada..tapi cuma berkongsi cerita shj. Saya adalah seorg yang x bole nak buat post seperti kawan saya yg boleh ada lihat blog mereka di tepi sebelah kanan. Sungguh saya x bole menulis baik amat seperti mereka. Maka awak terimalah saya seadanya. Mmg ramai yg da bising : ” Awak kan da x sekolah lagi..kenapa sehari x boleh buat post kat blog?”  “adui gimana saya enggak buat post. Saya bukannya berjela ada idea mcm kamu” -saya-  Hendak di jadikan cerita.. saya tga nak buat post la ni..Hish!

Tingkatan 4. Jiwa kacau teruk lagi dengan kawan baik saya yang ke-2 itu. Lagi teruk apabila saya pindah ke kelas sains tulen. Kerana kawan baik saya itu menganggap saya budak MK-1 dan jangan kacau! Sungguh la saya x faham. Bukan itu sahaja yang buat saya pening~ Lagi satu saya terkejut ialah saya menjadi naqibah untuk budak form 1 dan saya pegang sorang-sorang. Lagilah kawan baik saya yg ke-2 itu panas hati dan akhirnya kami mcm langsung x pernah berkenalan. Sedih saya jadinya..langsung saya rasa tawar hati untuk menjadi naqibah. Namun hamdaLLAH, DIA bgi saya sokongan yang labih besar drpd tembok besar cina. Terima kasih kepada mereka ( 4 tufail n mlmh ros n mlm ‘aqib) mereka kata… dalam kita perbaiki org lain kita perbaiki diri sekali. bila kita suruh adik usrah kita qiyam, kita bangun qiyam sekali dan sentiasa ‘keep in touch’ dengan mereka ( saya x tahu mengapa mereka gelak) ok! saya faham sekarang kerja saya dan matlamat yang saya nak bawa sudah semakin jelas. Hamdallah.

 

BismiLLAH..seperti yang saya taip sebelum ini.. (iye yg di atas itu) apabila saya masuk alam menengah atas..Jiwa saya teramat kacau. Bukan berkecamuk sibuk-sibuk nak bercinta mcm mereka yg f4 diluar sana (maaf.bukan nak melabel. Itu cuma realiti kehidupan sekarang) Sebab mereka rasa mereka da besar dan parents pon memang x kisah langsung pasal mereka nak berdua-dua atau bercouple-kapel. Saya bangga kata saya bukan org yg sebegitu dan kepada pembaca sila dan tolong doakan saya supaya hati saya tidak dipalingkan dari jalan DIA. Terima kasih!

Hari pertama saya berjumpa dengan adik-adik usrah saya iaitu hari Khamis. Saya dipinta memberi tajuk SYUKUR oleh mereka yg bertanggungjawab. Memangla awak lihat tajuk ini amat simple. Dan boleh diberi macam suap hannah makan bubur. Tapi sila la awak jgn pandang tajuk ini sebelah mata sebab kita nak bagi pada mereka memang senang dan nak suruh mereka merasa sepenuh jiwa amatla susah..sebab kita x pasti kita ada rasa benda yg sama atau x. Sungguh masa itu saya keliru dengan diri sendiri..apa saya seorang hambanya yang kerdil lagi hina ini bersyukur?  jawapannya masa itu..

sekadar selingan

entah..nak sebut Alhamdulillah sekali pun susah sebab saya dilekakan dengan hal-hal dunia. Tapi apa yang paling terkesan di hati saya bila mlmh ros bagi hand-out pasal syukur..

Tidakkah aku sepatutnya menjadi seorang hamba yang bersyukur?

-RasuluLLAH s.a.w.-

Saya terbayang..Rasulullah yang memang sudah terjamin dirinya dalam syurga pun masih berkata demikian rupa..Tapi saya yang mungkin selangkah lagi mahu rapat ke neraka ni pun masih tidak mahu rasa bersyukur? Sungguh Allah masih sayang akan saya. Dia memberi saya pemberian yang amat indah. Terima kasih ALLAH~ Lantas saya fikir..Apa yang saya ada di dunia ini? Sungguh alam dunia ini hanya sementara..Tapi cinta DIA bukanlah sementara..tapi selamanya. Allah..kekalkan cintaku padaMU.Ustaz Ismail Kamus pernah berkata ketika beliau memberi ceramah di suarau dekat dgn rumah saya..

“Dengan manusia kita minta maaf beribu-ribu ampun..tapi dengan Allah..: Kau ampunilah aku ya Allah”

 

Hari berganti bulan..Hubungan saya dengan kawan baik saya yang lg satu itu makin teruk dan macam tiada langsung jalan penyelesaiannya..entah kenapa dia masih anggap lagi saya budak yg.. ada aura *Don’t mess*  entahla..yang pasti sehingga hari last sekolah perkara ini masih kosong.

5 Ibn Sina *kekal dalam ingatan*

Satu sahaja yang saya pasti.. Allah sedang mentarbiah saya..Tapi dengan cara yang berbeza cuma kita sahaja kadang-kadang leka (sifat asasi manusia) samada kita terpandang atau tidak..yang pasti tarbiah dariNYA bukanlah satu yang sia-sia. Allah mentarbiah saya dengan cara saya sedang mentarbiah orang lain. Dan saya rasa kalau saya x pandang tarbiah ini dan ada yang disediakan..maka saya adalah seorg yang rugi.. Bak kata org..sambil kita mentarbiah org lain..diri kita ditarbiah juga. Sungguh bukan ALLAH yang rugi kalau kita x sedar akanNYA..tapi kita.

Allah..Tetapkanlah hati-hati kami (pembaca) dalam jalanMU

Terima kasih kepada DIA Yang Maha Memberi Ilham.

p/s: Maaf post ini agak panjang dan jika ada sebarang kesilapan ejaan maaf sekali lagi. Dan saya rasa post ini macam tergantung. TQ

Advertisements

14 comments

  1. Salam’alaik..

    Moga saya,awak dan kawan baik awak dan kita makin memahami nilai sebuah ukhuwah..Ameen ya rabbal ‘alameen 😀

    Saya pulak x pandai nak buat post mcm awk :(.Minta tunjuk ajar~


    • ameen..saya pon berdo’a gitu..
      nampaknya..semua ada cara tersendiri untuk menulis..saya lain..awak lain..


  2. sama2 menulis,dgn cara tersendiri~ baru unik dakwah kita kan? ;D

    zafirah …zafirah, tak payahlah segan2 kita kan sebaris sehati sejiwa semengantuk sesemangat masa LKD hari tu! ;D hehe…


  3. betul tu…ngehe~
    semengantuk? agak la..tpi mmg betul.
    btw pegi ke sg petani nnt?


  4. [Memangla awak lihat tajuk ini amat simple. Dan boleh diberi macam suap hannah makan bubur.]

    ingat senang ke nk kasi bayi makan? ngaha~

    .sekian.


    • well..
      hannah die suka makan jd mmg xde mslh la..
      cume kalau lambat die akan mengamuk~
      huhu.
      sekarang saya ingin post komen di wordy anda!
      sila baca ye~


  5. {“Dengan manusia kita minta maaf beribu-ribu ampun..tapi dengan Allah..: Kau ampunilah aku ya Allah”}

    Sama jugak dalam bab syukur. Kalau kita nak puji manusia..punyalah berjela-jela mengampunya,entah benar entah tidak. Tapi memuji Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG lagi MAHA BIJAKSANA..cukup Allah mengajar kita ucaplah

    “AlhamduliLLAH..”

    😉


    • betul itu!
      mmg manusia terkenal dgn sikap yg suka mengampu.
      moga kita tidak tergolong dan tidak diberi kemampuan untuk mengampu..

      p/s: nasreen dah tiade di malaysia~
      huhu


  6. knp kamu ltk gbr tilam kawen?

    nampak mcm la..

    sudah sedia ka?

    ngahahahahaha!!!


    • uhu~
      jgn risau itu hanya sebahagian drpd tindakan refleks.
      ngeh2~

      tp terjumpe gmba itu mase rayau2 dlm folder kkk saya kawen.


  7. Asaalamualaikum…bleh ana ‘copy’ ‘paste’kan gmbr kelas 5ibnsina x..??

    enti dpt dr maner…brbeza dr yg gmbr yg ana dpt dr dorg??

    enti dpt drpd mlm/mlmh ker..??


  8. Slm’alaik..
    Oh zafirah..rindu nak jumpa kamu! Kita jumpa hari ni yeh..insyaAllah~

    p/s: hehe..^_^ bersyukurnya di hati ^_^


    • oho~
      saya suda dirindui *blushing*
      ngaha!
      inshallah kita jumpa hari ni..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: